Tips-Tips Menjaga Lakaran Henna
INFORMASI PENTING YANG PERLU DIKETAHUI OLEH PELANGGAN
SEBELUM DAN SELEPAS BERINAI.
Hasil warna inai sebenarnya bergantung pada individu
berdasarkan jenis KULIT, jenis DARAH dan SUHU BADAN. Ketahanan warna dan hasil
corak lukisan tersebut bergantung pada individu yang memakainya. Disarankan
untuk mengurangkan konteks dengan air seboleh yang mungkin. Malah, dicadangkan
makan dengan sudu sewaktu corak lukisan inai masih di tangan untuk mengekalkan
hasilnya yang menarik.
Untuk makluman, Hasil warna inai pada kulit adalah
diluar bidang kuasa henna artis untuk menentukannya disebabkan faktor-faktor
yang telah dinyatakan tadi..
Oleh itu, adalah penting untuk anda sebagai pelanggan
mengikuti langkah-langkah di bawah untuk memastikan hasil lukisan inai tersebut
memuaskan dan dapat bertahan.
Ada beberapa tips sebelum & selepas henna dilakar
antaranya :
- Tangan hendaklah dibasuh bersih dan elakkan menyapu
lotion & pelambab.Untuk bakal pengantin yg nk berlulur disarankan untuk
BERLULUR atau SCRUB tubuh badan anda sebelum anda mngadakan mjlis berinai anda
- Elakkan memasang penghawa dingin atau kipas terlalu
kuat dan kekalkan suhu bilik agar tidak terlalu sejuk supaya lukisan inai akan
menyerap dengan lebih baik untuk menghasilkan warna yang lebih pekat &
tahan lama.
- Jangan cuci lakaran anda dengan air untuk
mengelakkan warnanya pudar.Selalunya apabila henna kering ia akan MENGELUPAS
(tertangal) dng sendirinya ..Anda hnya perlu menariknya sahaja.
- Untuk mengekalkan warna supaya lambat pudar elakkan
dari selalu kena air sabun (basuh pinggan & baju or mencuci rambut).
- Ukiran henna kekal pekat & terang dlm masa 3- 5
hari pertama dan mula pudar selepas itu. Biasanya henna akan betul2 hilang
dalam seminggu hingga 2 minggu bergantung kepada pnjagaan individu trsebut.
Tips INAI HUJUNG JARI
- Sebolehnya disarankan agar pelanggan yg berinai di
jari mnggunakan sudu apabila makan...Ketahanan inai di hujung jari bergantung
jenis inai yg digunakan oleh Pengukir inai itu sendiri...Adakah ianya INSTANT
HENNA atau INAI SERBUK ASLI.
Inai Instant # bertahan 3-5hariInai Serbuk Asli #
bertahan 1-2minggu.
bergantung cara penjagaan pengguna.
Penggunaan INAI SERBUK ASLI
- Selepas dilakar henna harus dibiar semalaman atau
sekurang-kurangnya 7 jam. Tapi untuk pengantin biarlah sehingga pagi besok
supaya warnanya lebih tahan .
Semoga semua pelanggan dapat manfaatkan hasil
perkongsian ini..Untuk maklumat pelanggan inai yg digunakan oleh saya adalah
inai yg berqualiti..Insyallah alhamdulilah trma ksh kepada bekas2 custmer yg
berulang kali menggunakan khidmat berhenna sy, yg mempercayai qualiti dan hasil
yg diberi oleh sy.
TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment