Mengenai Kami

AYUE HENNA ARTS menawarkan perkhidmatan melukis Inai bagi pelbagai majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.

Saya Norhidayu. pemilik halaman ini, berusia 24 tahun dan dari Kota Tinggi Johor, membuat henna di sekitar :

- Tanjung Sedili
-Sedili Besar
Dan Kampung-kampung rangkaian.


 Blog ini dibuat untuk berkongsi dengan orang lain minat saya dalam seni, pada dasarnya dalam reka bentuk dan lukisan inai,  dan juga saya melakukan kerja sambilan saya sebagai inai artis.


Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

Insyallah, saya cuba sedaya upaya untuk terus memperbaiki kemahiran saya mengenai lukisan inai dari masa ke semasa, perkhidmatan saya lukisan inai adalah sekitar Kota Tinggi, Johor  untuk jarak yang lebih jauh, akan dipertimbangkan atas permintaan.


Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment